Sumbangan makanan Orang Asli etnik Bateq Kuala Atok

Sumbangan makanan untuk penduduk Orang Asli etnik Bateq Kuala Atok

ROSLAN Abu Kassim (kanan) menyampaikan bantuan barang keperluan dapur sumbangan Sahabat Jariah Malaysia/Yayasan Food Bank Malaysia dan Pasar Raya Econsave Jerantut di tepi Sungai Tembeling, Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 100 orang penduduk minoriti Orang Asli etnik Bateq daripada 27 buah keluarga Kampung Kuala Atok berdekatan Kuala Tahan yang penempatan mereka diceroboh gajah liar menerima bantuan makanan baru-baru ini.

Penyelaras Nature Life Guard Angkatan Pertahanan Awam Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim berkata, bantuan tersebut merupakan sumbangan Sahabat Jariah Malaysia/Yayasan Food Bank Malaysia dan Pasaraya Econsave

Jerantut yang tidak putus-putus memberikan bantuan apabila setiap kali penduduk Orang Asli diancam gajah liar dan bencana banjir.

“Penduduk di sini kini menginap di dalam khemah sementara di tepi Sungai Tembeling kerana kawasan penempatan masih berkeliaran gajah liar sebelum dipindahkan ke lokasi baharu sambil dipantau kebajikan mereka oleh anggota Nature Life Guard APAM Kuala Tahan,” katanya di Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya