Suami pujuk isteri sampai jalan sesak

Suami pujuk isteri sampai jalan sesak

TANGKAP layar menerusi aplikasi di aplikasi X seorang memandu kereta sambil memujuk isteri yang merajuk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat seorang suami berusaha memujuk isterinya yang berjalan sendirian selepas bertengkar di dalam kereta mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di aplikasi X, kelihatan seorang lelaki memandu kereta secara perlahan-lahan di pinggir jalan sambil mengejar pasangannya yang dikatakan merajuk.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila wanita tersebut keluar daripada kereta lalu dan suaminya cuba memujuk dengan penuh kasih sayang daripada belakang.

Ekoran kejadian itu, kenderaan lain terpaksa berbaris sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat pasangan tersebut dan ada segelintir kaum lelaki yang memahami situasi itu.

“Bertabahlah nak pujuk tu. Cuba bagi hadiah atau bawa pergi makan tempat kegemaran nanti baik-baiklah tu,” komen @fizaaahhh_.

“Mesti berangan macam filem Tamil, jalan kaki lepas tu hujan yang lelaki pun turun pujuk,” tulis @thejammedaku.

“Mungkin kakak tu tak ada duit nak bayar teksi sebab itu terpaksa jalan kaki,” ujar @meatvegshell.

Video berkenaan telah tular di media sosial dan menerima 738,000 tontonan, 858 komen dan hampir 8,000 tanda suka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya