Suami maut, isteri dan bayi cedera kereta sewa dinaiki bertembung lori 

Suami maut, isteri dan bayi cedera kereta sewa dinaiki bertembung lori 

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di Jalan Kimanis-Keningau di Papar, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Dua lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya cedera  selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan lori tiga tan di Jalan Kimanis-Keningau Batu 16,  di sini hari ini.

Dua orang yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dan lori tiga tan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah suami kepada wanita tersebut dan pemandu kereta yang masing-masing  berusia 32 tahun dan 33 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, kenderaan Proton Pesona yang merupakan kereta sewa itu dinaiki sepasang suami isteri bersama bayi mereka.

Beliau berkata, sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati empat mangsa yang berada dalam Proton Pesona termasuk seorang ibu yang cedera parah dan bayi yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas. 

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya