'Suami baru jamah makanan dalam van sebelum dirempuh'

‘Suami baru jamah makanan dalam van sebelum dirempuh’

NORHANA Osman melihat jenazah suaminya sebelum dibawa pulang ke Kampung Simpang di Taiping untuk dikebumikan. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Mangsa rentung yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini merupakan pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel).

Mangsa, Ahmad Termizi Ramli, 45, rentung dalam van yang terbakar, manakala dua lagi individu dalam kenderaan sama mengalami kecederaan.

Isteri mangsa, Norhana Osman, 41, berkata, dia mendapat tahu berita kemalangan itu daripada rakan suaminya dan pada ketika itu masih tidak tahu keadaan suaminya.

“Apabila dimaklumkan suami kemalangan, saya tertanya-tanya bagaimana keadaannya, sama ada dia hanya cedera atau sebaliknya.

“Pada mulanya rakan suami saya tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan suami. Saya tergamam apabila diberitahu suami meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Parit Buntar di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya merupakan pemandu van dan bekerja dengan Propel sejak sebelum mereka berkahwin lagi.

“Sewaktu kejadian, dia membawa pekerja memotong rumput dan baru sahaja menurunkan pekerja di lokasi.

 “Saya difahamkan sewaktu dia berada di dalam van, dia baru sahaja menjamah makanan ketika sebuah lori terbabas dan merempuh van terbabit lalu terbakar dan menyebabkan suami maut di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Norhana, sebelum kemalangan, dia melarang suaminya pergi bekerja memandangkan masih kurang sihat setelah demam dua hari.

“Saya larang dia pada pagi tadi tapi dia tetap berkeras untuk ke tempat kerja. Tak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Simpang di Taiping hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya