SPRM tahan reman dua pemilik syarikat kemuka butir matan palsu - Utusan Malaysia

SPRM tahan reman dua pemilik syarikat kemuka butir matan palsu

Pemilik syarikat
DUA suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman bagi membantu sisatan terhadap tindakan mengemukakan butir matan palsu bagi mendapatkan wang pelaburan benilai RM200,000, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua pemilik syarikat bagi membantu siasatan berhubung tindakan mengemukakan butir matan palsu bernilai RM200,000 bagi kerja-kerja pembekalan pasir di negeri ini.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan permohonan dibuat agensi penguat kuasa itu selama dua hari sehingga esok selepas individu lelaki dan wanita berkenaan di bawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua individu itu ditahan SPRM selepas disyaki menggunakan dokumen perjanjian yang menganduni butir matan palsu bagi tujuan memperdayakan dan mendapatkan wang pelaburan bernilai RM200,000.

Pelaburan tersebut melibatkan kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan.

Sumber berkata, dua suspek masing-masing berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir memberi keterangan.

Jelasnya, kedua-dua suspek dipercayai secara bersama menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu memperdayakan dua ahli perniagaan termasuk seorang berpangkat Datuk bagi projek pembekalan pasir pada tahun 2022.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, dalam permohonan reman kedua-dua suspek diwakili peguam Mishant Thiruchelvam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN