SPRM, MAPCU jalin kerjasama perangi rasuah pelajar

SPRM, MAPCU jalin kerjasama perangi rasuah pelajar

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) menjalin kerjasama dalam usaha menyatakan komitmen kedua-dua entiti itu memerangi rasuah bermula dalam kalangan pelajar.

Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2023, pihaknya menjalin kerjasama itu bagi membawa mesej tegas dan jelas kepada anak muda mengenai bahaya rasuah.

“SPRM sangat serius dalam memberi kesedaran memerangi rasuah dalam kalangan rakyat khususnya anak-anak muda dan pelajar.  Kita tidak sanggup melihat generasi muda yang merupakan bakal pemimpin negara terjerat dalam perangkap rasuah,” katanya dalam amanat khas bersempena sambutan HARA 2023 menerusi rakaman video di Forum Antirasuah Antarabangsa di Universiti Asia Pasifik di sini hari ini.

Azam juga berkongsi keterujaan melihat kolej-kolej dan universiti swasta yang bernaung di bawah MAPCU menyatakan komitmen untuk membawa kesedaran serta memerangi rasuah seiring dengan hala tuju dan strategi yang digariskan SPRM iaitu tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti.

“Kita mahu masyarakat tidak berkompromi dan tidak bertolak ansur dengan amalan rasuah selain melahirkan sebuah negara yang adil untuk semua, memartabatkan nilai kejujuran, integriti dan memelihara maruah manusia.

“Justeru, saya mengajak semua rakyat Malaysia bersatu padu dan terus utuh melawan gejala rasuah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN