Sistem bayaran dalam talian MAIPs lebih mudah - Utusan Malaysia

Sistem bayaran dalam talian MAIPs lebih mudah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar-Rahim, Titi Tok Bandar, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Sistem Bayaran Dalam Talian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my yang terkini amat mudah untuk dibuat transaksi.

Titah baginda, antara keistimewaan sistem berkenaan adalah ianya turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs.

“Selain itu, ia turut dimantapkan dengan platform gerbang pembayaran dalam talian yang tidak hanya terikat kepada medium ‘fpx’ tetapi turut dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit, serta melalui aplikasi ‘TouchNgo’ ‘GrabPay’ ‘Boost’ ‘DuitNow QR’ dan Shoppe Pay’,” titah baginda selepas selepas berkenan berangkat ke Program Hijrah Minda MAIPs Edisi Ke-20 Bagi Tahun 2023 di Masjid Ar-Rahim, Titi Tok Bandar di sini, semalam.

Seramai 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut menerima agihan zakat MAIPs berjumlah RM400 setiap seorang daripada baginda dengan jumlah penuh pada kali ini bernilai RM8,000.

Dalam pada itu, baginda turut menekankan bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited untuk meningkatkan perkhidmatannya dalam menggunakan teknologi digital terkini.

Baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs yakin kemajuan dan kecanggihan teknologi akan mampu membantu meningkatkan lagi kadar produktiviti agensi berkenaan dan menjadikan segala urusan lebih pantas dan efisien.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pelbagai perancangan menyeluruh dalam pengurusan ICT dan pendigitalan perkhidmatan telah ditetapkan bagi mendokong aspirasi perkhidmatan mampan oleh MAIPs.

“Dalam hubungan itu, pihak pengurusan MAIPs menetapkan beberapa sasaran pencapaian pemantapan pengurusan dan perkhidmatan melalui inisiatif pendigitalan selaras dengan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya