Siemens Healthineers komited tingkat kecekapan kesihatan melalui teknologi

Siemens Healthineers komited tingkat kecekapan kesihatan melalui teknologi

Hui Hong (kiri) ketika memberikan penerangan tentang teknologi terkini Siemens Helthineers pada Seminar Membentuk Masa Depan Diagnostik Dengan Siemens Healthliness di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siemens Healthineers sebagai peneraju global dalam bidang teknologi perubatan memberi impak ketara terhadap penjagaan kesihatan Malaysia, komited dengan memperkenalkan teknologi canggih dalam penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh.

Bercakap Kepada Utusan Malaysia, Ketua Penyelesaian Makmal Negara, Malaysia dan Singapura, Gan Hui Hong berkata, teknologi itu dicipta khusus untuk menangani masalah kekurangan kakitangan perubatan di kawasan terpencil terutamanya, di samping memenuhi keperluan untuk kemajuan digital dalam era pasca pandemik.

“Langkah ini sebagai inisiatif Siemens Healthineers untuk meningkatkan akses dan kecekapan penjagaan kesihatan, yang lebih tertumpu kepada keperluan pesakit,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama media di sini.

Menurut Hui Hong, melalui penghasilan teknologi itu, beban kerja manual di makmal dapat dikurangkan sekali gus meningkatkan prestasi penyampaian penjagaan kesihatan.

“Kami telah melihat pengurangan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dalam proses makmal, yang melangkaui usaha dalam menambahkan kecekapan untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan,” katanya.

Katanya, Siemens Healthineer melihat Covid-19 sebagai satu lembaran baharu dalam membuka satu lagi peluang penciptaan mesin baharu yang dapat memberi sokongan terutama kepada hospital kerajaan mahupun swasta untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Meningkatkan Kemahiran Profesional Penjagaan Kesihatan dan Mengatasi Cabaran Digital

Bukan itu sahaja, untuk terus kekal memberi perkhidmatan terbaik, Siemens Healthineers komited bekerjasama dengan institusi awam dan swasta dengan menyediakan latihan komprehensif untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja melalui penggunaan teknologi.

“Pada masa yang sama, walaupun kita komited dengan penggunaan teknologi dan transformasi ke arah digital, pihak kita juga sangat menitikberatkan keselamatan siber,” katanya.

Di sebalik cabaran tersebut, Siemens Healthineers komited untuk bekerjasama dengan penggubal dasar dan institusi penjagaan kesihatan bagi memastikan teknologi canggih boleh disepadukan dengan berkesan dan selamat.

Penyelesaian Inovatif untuk Penjagaan Pesakit yang Dipertingkatkan

Dalam bidang penjagaan pesakit, Siemens Healthineers bukan sahaja menambah baik proses penjagaan kesihatan tetapi juga meningkatkan hasil kesihatan pesakit.

“Satu inisiatif yang patut diberi perhatian ialah pengenalan biomarker yang baharu untuk pesakit dialisis, yang menawarkan penilaian yang lebih tepat tentang fungsi buah pinggang.

“Biomarker tersebut, yang telah digunakan secara meluas di Eropah, berpotensi untuk memperbaiki rancangan rawatan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.” katanya.

Tambah Hui Hong, faedah penyelesaian digital Siemens Healthineers juga telah terbukti dalam aplikasi praktikal, seperti yang dilihat di hospital di Melaka.

“Di sini, sistem IT syarikat menghubungkan hospital-hospital negeri, membolehkan pemantauan dan membuat keputusan yang lebih cekap,” jelasnya.

Katanya, kesinambungan itu bukan sahaja mengurangkan keperluan untuk perjalanan tetapi juga meningkatkan masa tindak balas kecemasan, iaitu faktor penting dalam penjagaan pesakit.

Mengulas lanjut berkenaan usaha strategik dalam meningkatkan penjagaan kesihatan di Malaysia, Siemens Healthineers komited dalam memastikan perkhidmatan perubatan lebih mudah diakses, cekap dan mengutamakan pesakit.

Memandangkan sektor penjagaan kesihatan Malaysia terus berkembang, peranan Siemens Healthineers sebagai peneraju dalam teknologi perubatan menjadi semakin ketara, menjanjikan masa depan di mana penyelesaian penjagaan kesihatan canggih boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya