Siasatan kematian Zayn Rayyan diperinci kesan suspek

Siasatan kematian Zayn Rayyan diperinci kesan suspek

SEEKOR anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dikenali Ruby ketika dibawa sekali lagi di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi mencari bahan-bahan bukti membabitkan kematian kanak-kanak autisme,  Zayn Rayyan Abdul Matiin diteruskan pada hari ketiga di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini dan sekitar lokasi mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Pasukan penyiasat terdiri daripada Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor, Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor dilihat hadir ke lokasi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Turut hadir ke lokasi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abd. Hamid, yang dihubungi berkata, operasi hari ini menumpukan siasatan dengan mengambil keterangan penduduk dan memeriksa lokasi kejadian di Apartmen Idaman.

Katanya, setiap maklumat yang diperoleh menerusi temubual dan pemeriksaan lokasi kejadian itu akan diperincikan sehinggalah polis menemui petunjuk jelas mengenai suspek.

“Kita melihat lagi untuk mendapatkan keterangan-keterangan berkaitan tempat kejadian itu dan kawasan sekitar untuk mendapatkan maklumat penduduk.

“Melalui keterangan itu, kita cuba kecilkan siasatan dan seterusnya mengesan suspek,” katanya di sini.

Terdahulu, polis selesai memeriksa 540 unit rumah membabitkan tiga blok kediaman di Apartmen Idaman, Damansara Damai oleh polis dalam  siasatan kematian Zayn Rayyan. 

Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, operasi pada fasa ‘pertanyaan dan pencarian dari rumah ke rumah’ yang dijalankan pasukan penyiasat.

Setakat ini, katanya polis sudah memeriksa tiga blok perumahan membabitkan 540 unit daripada 18 blok yang menempatkan 2,484 unit rumah.

Siasatan juga masih dijalankan dengan memeriksa saliran air berdekatan Apartmen Idaman yang menjadi lokasi penemuan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya