CIK Bunga berkali-kali juga cuba mengingati, pernah tak pelakon Sherie Merlis membuat pengakuan terbuka bahawa dia kini kembali menyandang status ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.
Rasanya, macam tak pernah. Kiranya mereka ini bercerai pun secara diam-diamlah sebelum ini.
Konsepnya siapa yang tahu, tahulah. Cik Bunga cuba juga mencari kepastian dan ternyata menerusi satu hantaran di Instagram bekas suami Sherie, Ash ada menyebut bahawa dirinya kini menjalani kehidupan sebagai duda.
Maka betul lah Sherie kini berstatus ibu tunggal. Jadi, apabila ada yang menyampaikan cerita bahawa mereka ternampak Sherie selalu keluar bersama pelakon Hasnul Rahmat, Cik Bunga jadi keliru pada awalnya.
Iyalah, kalau betul dia masih isteri orang, tak mungkinlah Sherie hendak buat begitu. Lebih-lebih lagi sampai berjalan berpegangan tangan dengan Hasnul. Itu apa yang Cik Bunga dengarlah.
Eh, tapi kalau jalan berpegangan tangan dan sentiasa kelihatan keluar berdua bersama, itu bermakna Sherie dan Hasnul kini memang pasangan kekasihkah?
Kalau betul, apa salahnya bukan? Cinta berputik di usia 50- an, manisnya tentu berbeza berbanding percintaan anak muda. Lebih matang dan ada tujuan.
Agaknya, Hasnul dan Sherie pun mungkin ada hasrat mahu mendirikan rumah tangga. Perkara baik begini, kita sokong. Kita doakan sama-sama supaya kedua-duanya bertemu jodoh.
Apa pun, tunggu Sherie atau Hasnul umumkan mengenai hubungan mereka. Mana tahu, terus umum nak bernikah, Alhamdulillah…