Seorang wanita maut kereta terbabas langgar penutup longkang - Utusan Malaysia

Seorang wanita maut kereta terbabas langgar penutup longkang

Wanita maut
KEADAAN kereta Proton Saga yang terbabas dan masuk ke dalam parit sehingga menyebabkan seorang wanita maut dalam satu kejadian dekat Sungai Nibong, Sekinchan di Sabak Bernam, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang lima sekeluarga selepas berkelah di Sungai Bera, Pahang menuju ke kediaman di Sungai Besar, di sini bertukar tragedi apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut.

Proton Saga dinaiki dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 13 tahun, dua wanita dewasa serta pemandu lelaki berusia 30-an itu dikatakan hilang kawalan sebelum masuk ke dalam parit dan melanggar struktur simen penutup longkang dalam satu kejadian di Sungai Nibong, Sekinchan di sini pada awal pagi tadi.

Keadaan tersebut menyebabkan kereta berkenaan terbabas dan masuk ke dalam parit.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 23 tahun dan kanak-kanak berkenaan mengalami cedera ringan sementara pemandunya pula tersepit dan berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 pagi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar ke tempat kejadian.

“Terdapat lima mangsa cedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berumur 10 dan 13 tahun. Seorang wanita berumur 40-an disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Seorang wanita berusia 23 tahun cedera ringan.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jamaah menggunakan kenderaan beberapa agensi seperti KKM, Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya