Senarai filem terbaik, tercorot Malaysia 2023 - Utusan Malaysia

Senarai filem terbaik, tercorot Malaysia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMANDANGKAN ini adalah hari terakhir di tahun 2023, apa kata ini tampilkan sedikit kelainan dalam tulisan kali ini.

Daripada data yang kami berjaya dapatkan menerusi pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, mari kita senaraikan tiga fillem tempatan yang berjaya menduduki carta terbaik dengan kutipan tertinggi dan semestinya, tercorot.

POLIS EVO 3 (RM50 juta)

JENAMA Polis Evo berjaya mengekalkan pengaruhnya apabila lem ketiganya, Polis Evo 3 berjaya menjadi lem tempatan dengan kutipan paling tinggi pada tahun 2023 iaitu RM50 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia.

Polis Evo 3 arahan Sya q Yusof mengangkat tema kepolisan dan masih mengekalkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama. Lebih menarik, kali ini mereka menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai penjahat dan turut dibantu pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Farali Khan dan Nora Danish.

DIDI & FRIENDS THE MOVIE – LAGENDA MUZIKA (RM8 juta)

INI merupakan kali pertama siri animasi Didi & Friends diangkat kepada naskhah filem. Mereka masih mengekalkan Didi, Nana dan Jojo sebagai teraju utama namun direncamkan dengan aksi penggambaran.

Tidak hanya itu, kualiti animasi untuk lem ditampilkan lebih baik dari aspek warna, texturing mahupun rigging. Tidak hanya itu, beberapa artis terkenal tanah air turut menjadi pelakon suara untuk lem ini antaranya Dato’ Awie, Amelia Henderson, Ruminah Sidek, Hael Husaini dan Waris.

IMAGINUR (RM6 juta)

SELEPAS 10 tahun hiatus dari menduduki kerusi kepengarahan, siapa sangka Nik Amir Mustapha berjaya memberikan sebuah naskhah pecah panggung bertajuk Imaginur.

Filem Imaginur berjaya mengutip RM6 juta selepas ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara. Ketika filem itu ditayangkan, ramai yang memuji gandingan mantap Beto Kusyairy dan Diana Danielle.

Memandangkan syot ikonik filem berkenaan dirakamkan di Perlis, ramai yang mula menyerbu lokasi penggambaran Imaginur iaitu Bukit Chabang. Bukan itu sahaja, runut bunyi filem berkenaan iaitu Hasrat nyanyian Amir Jahari turut membolosi ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 tahun hadapan.

SAZALI MEOR COCO (RM5,330)

Filem sulung arahan Zizan Nin nampaknya belum cukup membuahkan hasil apabila hanya mengutip RM5,330 sepanjang ditayangkan. Filem ini menceritakan tiga beradik iaitu Sazali, Coco dan Meor yang berhijrah ke bandar untuk menjadi bintang terkenal.

KAAVAL THE MOVIE (RM5,645)

Merupakan naskhah yang diangkat menjadi filem daripada siri drama siaran TV2 di RTM dengan nama yang sama. Filem ini menceritakan barisan inspektor polis yang berusaha menumpaskan jenayah yang semakin meningkat di bandar khususnya isu pemerdagangan orang.

VIK2RIA SECRET (RM5,058)

Filem paling corot tahun ini jatuh kepada Vik2ria Secret. Sempat menjadi kontroversi di media sosial apabila terdapat warganet mempersoalkan poster lem ini yang dianggap lemah. Filem arahan AR Badul menelan belanja sebanyak RM1.05 juta dengan bantuan Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000.

Filem ini menceritakan mengenai Viki yang pergi ke Kampung Honi. Mereka bertemu Ria yang menjadi kawan karib dan membuka butik pakaian dalam wanita. Sepanjang filem ditayangkan, mereka hanya mempunyai 346 penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya