Selepas lebih dua tahun, Zalina Azman masih hilang - Utusan Malaysia

Selepas lebih dua tahun, Zalina Azman masih hilang

Zalina Azman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keberadaan Zalina Azman, masih menjadi tanda tanya selepas bekas personaliti TV3 itu dilaporkan hilang pada November 2021.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi memaklumkan belum ada perkembangan terkini mengenai Zalina yang dapat dikongsikan pihaknya.

“Saya kini berada di Turki.

“Masih belum ada apa-apa perkembangan mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketua polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, sebelum ini berkata Zalina berkemungkinan hilang lebih awal daripada tarikh laporan dibuat.

kali terakhir telefon bimbitnya aktif adalah pada 20 November 2021, empat hari sebelum anak lelakinya, Mikhael Norman, cuba menghubungi wanita tersebut.

Kehilangan Zalina mencuri perhatian masyarakat dengan usaha menjejakinya dilakukan besar-besaran membabitkan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan, dan Bank Negara.

Usaha pencarian menemui jalan buntu meskipun pihak berkuasa berjaya mengumpul 25 kenyataan bagi membantu siasatan.

Usaha polis menggeledah banglo Zalina pada November 2021 dan awal Julai 2022 tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai keberadaan pembaca berita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya