KANGAR: Para pesawah mempersoal bila kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap kartel yang dikatakan menguasai 80 peratus pasaran beras negara sehingga menyaksikan masalah ketiadaan bekalan beras tempatan sebelum ini. Tindakan setegas-tegasnya perlu dilakukan terhadap kartel beras dan padi ini sama seperti tindakan yang dikenakan terhadap syarikat yang didakwa membentuk kartel bagi memanipulasi harga ayam dan telur di negara ini baru-baru ini, sekali gus bakal memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pesawah, Mohd. Noor Hashim, 60, berkata, ketiadaan beras tempatan berpunca daripada kartel atau kilang-kilang besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya