KLANG: Selangor mencatatkan hasil negeri melepasi sasaran pada tahap 128 peratus atau RM2.57 bilion sehingga 6 Disember lalu, berbanding matlamat kutipan hasil bagi 2023 iaitu RM2 bilion. Pencapaian tersebut disifatkan sebagai manifestasi kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bagi memacu ekonomi negeri serta meningkatkan hasil demi manfaat rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam sembah ucapan taat setianya di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, pencapaian tersebut menggambarkan keyakinan komuniti pelaburan serta rakyat terhadap kebertanggungjawaban kerajaan negeri dalam merencana dan mengagihkan kekayaan secara efektif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya