Sektor agrikomoditi sumbang terbesar pendapatan negara

Sektor agrikomoditi sumbang terbesar pendapatan negara

FADILLAH Yusof (empat kiri) melepaskan peserta program Agrikomoditi Walk 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberikan jaminan bahawa sumbangan sektor agrikomoditi negara masih kukuh sepanjang tahun ini sekali gus menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara.

Malahan, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, angka penurunan yang dicatatkan ketika ini lebih disebabkan faktor kadar pertukaran mata wang asing selain cabaran geopolitik dunia.

“Dari segi volume (bilangan), sektor ini masih sumbang terbesar kepada negara bahkan bertambah cuma nampak kurang kerana diukurnya mengikut nilai ringgit semasa,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta program berjalan kaki ‘Agrikomoditi Walk’ di sini hari ini.

Mengikut perangkaan terkini sehingga akhir bulan lepas, sektor agrikomoditi tempatan mencatatkan nilai eksport secara keseluruhan mencecah RM120 bilion.

Sektor itu menyumbang RM117 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, berbanding RM160 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas.

Terdahulu, Fadillah melepaskan lebih 2,000 peserta Agrikomoditi Walk itu yang melibatkan acara berjalan santai sejauh lima kilometer bersempena Hari Agrikomoditi 2023 yang dilancarkannya pada 5 Disember lalu sebagai wadah kesedaran rakyat mengenai sektor tersebut kepada ekonomi negara ini.

Pelbagai aktiviti juga dibuat antaranya senam robik dan zumba, persembahan penghibur jalanan, pameran 12 agensi di bawah kementerian serta sesi cabutan bertuah.

“Saya berharap aktiviti Hari Agrikomoditi Negara dapat dijadikan sebagai acara tahunan terutama dalam memberikan pendedahan awal kepada pengunjung mengenai manfaat sektor berkenaan kepada ekonomi negara dan peranan dilakukan rakyat sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya