Sekolah, ibu bapa perlu bincang sebelum anjur graduasi di hotel - Fadhlina - Utusan Malaysia

Sekolah, ibu bapa perlu bincang sebelum anjur graduasi di hotel – Fadhlina

Graduasi
FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Semua sekolah yang hendak menganjurkan majlis termasuk graduasi pelajar di hotel atau tempat mewah diminta mengadakan perbincangan terlebih dulu bagi mendapatkan persetujuan ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah sememangnya mempunyai autonomi untuk membuat sebarang majlis bagaimanapun penganjuran yang melibatkan kutipan bayaran perlu ada perbincangan dengan ibu bapa.

“Perbincangan mengenai penganjuran mana-mana majlis mesti dibuat antara ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Ia bagi memastikan majlis itu bersesuaian mengikut kemampuan ibu bapa dan dipersetujui secara bersama,” katanya selepas melawat Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) semalam.

Trend penganjuran majlis sekolah di hotel dengan bayaran mencecah ratusan ringgit dilapor membuatkan ramai ibu bapa mengeluh kerana membebankan mereka.

Walaupun tidak diwajibkan, namun tiada ibu bapa sanggup menolak permintaan anak yang teruja menyertai majlis sedemikian. Bagaimanapun, tidak semuanya berkemampuan.

Pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebang saan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, tiada keperluan mendesak untuk berbelanja besar menganjurkan majlis di hotel atau tempat mewah dan memadai jika ia hanya diadakan di sekolah bagi meraikan golongan itu. 

Mengulas lanjut, tambah Fadhlina, perkara seumpama itu diharap dapat diselesaikan dengan rasional antara kedua-dua pihak.

“Saya percaya ruang perbincangan merupakan jalan terbaik bagi mengelak timbul lagi isu berkenaan pada masa depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya