Saya bergurau mahukan kerusi roda, tak sangka dia hadiah terus - Mak Jah terharu dibantu Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Saya bergurau mahukan kerusi roda, tak sangka dia hadiah terus – Mak Jah terharu dibantu Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dramatis, Mak Jah terharu dan berterima kasih kepada pelakon, Datuk Rosyam Nor yang bermurah hati menghadiahkan kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan aktres veteran tersebut.

Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, berkata, selepas berita masalah kesihatannya mendapat liputan media beberapa bulan lepas, Rosyam terus menghubunginya dan menghadiahkannya kerusi roda elektrik serta wang bantuan bulanan.

“Sebenarnya saya bergurau saya. Bila dia tanya saya perlukan apa-apa tak, saya cakaplah kerusi roda elekrtrik. Saja menyakat dia. Tetapi tak sangka pula, dia terus hantar ke rumah saya.

“Alhamdulillah, terharu sangat. Terasa dihargai dan saya sangat berterima kasih dengan Rosyam sebab sudi bantu saya,” ujar pelakon veteran tersebut.

Tambah Mak Jah lagi, selain menghadiahkan kerusi roda, Rosyam juga turut memberi bantuan wang RM500 secara bulanan kepadanya bagi menampung keperluan dan kos rawatan yang ditanggung aktres tersebut.

“Tak tahu nak berterima kasih bagaimana. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi mereka yang bermurah hati bantu saya” katanya.

Sebelum ini, pelakon Abang Long Fadil itu mendedahkan dia menghidapi masalah saraf dan kencing manis sehingga menyebabkan kakinya lemah dan sukar untuk bergerak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya