Sasar Malaysia capai 20 teratas ekosistem syarikat pemula global

MED4IRN sasar Malaysia capai 20 teratas ekosistem syarikat pemula global – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) bersetuju dengan cadangan Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan Malaysia berada pada kedudukan 20 teratas ekosistem syarikat pemula global pada 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MED4IRN yang kedua bagi tahun ini.

Menurut beliau, pelan ini turut menggariskan usaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau.

“Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai kedudukan ekosistem pembiayaan modal teroka yang merangkumi pembiayaan daripada sektor awam dan sektor swasta.

“Dalam hubungan ini, penyedia dan pengurus dana modal teroka telah diminta untuk berganding tenaga dalam mengenal pasti usaha dan inisiatif untuk mengukuhkan ekosistem pembiayaan modal teroka untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Ini adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital dan ekosistem inovasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, mesyuarat MED4IRN juga dihari Menteri-menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan yang terdiri dari wakil sektor swasta, industri, akademik, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya