Sasar 75% kurang kelahiran baharu talasemia menjelang 2030

Sasar 75% kurang kelahiran baharu talasemia menjelang 2030

LUKANISMAN Awang Sauni bersama para pemenang pada Majlis Penganugerahan dan Penutupan Kempen Kesedaran Thalasaemia 2023 NowyouSEEme 3.0 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan berhasrat menyasarkan pengurangan sehingga 75 peratus kelahiran baharu yang membawa gen talasemia di negara ini menjelang 2030.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, usaha itu mampu dicapai menerusi pelbagai program yang sedang dan akan dilaksanakan pihaknya pada ketika ini.

Beliau berkata, sejak Kementerian Kesihatan memperkenalkan saringan sejak 2016, seramai 53,559 murid disahkan sebagai pembawa setakat 2021 lalu mewakili lima peratus daripada keseluruhan 1,067,378 murid tingkatan empat di seluruh negara yang disaring,” katanya selepas merasmikan Majlis Penganugerahan dan Penutup Kempen Kesedaran Talasemia 2023 di sini hari ini.

Ketika ini dianggarkan ada hampir 10,000 pesakit talasemia di Malaysia dengan purata seorang daripada 20 rakyat negara ini ialah pembawa yang mewarisi genetik darah itu.

Penghidap talasemia tidak berupaya menghasilkan sel darah merah berkualiti dan kuantiti cukup serta perlu mendapatkan rawatan transfusi darah setiap bulan sepanjang hidupnya.

Menurut Lukanisman, pembawa talasemia secara kelaziman memang tiada mengalami sebarang gejala menonjol berbanding pesakitnya yang ada tanda-tanda kekurangan darah selain gejala lain bergantung kepada tahap teruk gen terjejas dalam tubuh.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa membenarkan anak mereka menjalani saringan awal bagi pengesahan status talasemia agar proses intervensi dapat dilaksanakan kemudian.

Pada masa sama, Lukanisman menasihatkan pelajar yang sudah melalui ujian itu dan disahkan sebagai pembawa agar tidak pula mengahwini individu memiliki baka tersebut bagi mengurangkan risiko kebarangkalian memperoleh zuriat menghidap talasemia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya