Sanggup nampak hodoh demi watak - Utusan Malaysia

Sanggup nampak hodoh demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Susan Lankester, 61, mendedahkan rela kelihatan tidak cantik semata-mata untuk menghidupkan watak Aileen Choo yang dilakonkannya menerusi filem Rain Town.

Susan, yang ditemui pada pelancaran filem itu baru-baru ini berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan karakter tersebut kelihatan lebih ‘menjadi’ dan hidup di mata penonton yang bakal ke pawagam untuk menonton filem itu nanti.

“Saya tak perlu bersolek tebal untuk menghidupkan watak seorang suri rumah berbangsa Cina yang tipikal seperti Choo. Apabila filem ini ditayangkan nanti, penonton akan melihat wajah saya tanpa make up berlebihan.

“Lupakan tentang keinginan untuk nampak cantik. Saya tak takut kelihatan hodoh demi watak. Itulah realiti yang mahu saya tunjukkan di layar perak,” katanya.

Rain Town yang bakal ditayangkan 8 Februari tahun depan mengisahkan konflik kekeluargaan yang dihadapi keluarga Choo di Taiping, Perak.

Selain Susan, filem kantonis arahan pengarah Tunku Mona itu turut membariskan pelakon-pelakon berbakat besar seperti Susan, Chew Kin Wah, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Disoal tentang isu solekan berlebihan dalam filem atau drama, Susan berpandangan ketetapan itu ditentukan oleh pengarah yang diberi tanggungjawab meneraju naskhah berkenaan.

“Ada solekan atau tidak, itu keputusan pengarah. Sebagai pelakon, saya tidak berhak bercakap tentangnya.

“Tapi, kalau saya diperlukan untuk berlakon tanpanya (solekan), saya akan buat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya