Sampah haram: Pemilik tanah dakwa berlaku pencerobohan - Utusan Malaysia

Sampah haram: Pemilik tanah dakwa berlaku pencerobohan

Sampah haram
NG Suee Lim ditemui pemberita selepas menghadiri  Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan negeri menerima maklumbalas daripada pemilik tanah dekat tapak pelupusan sampah haram Batu 14, Kapar di sini yang mendakwa berlaku pencerobohan ke atas kawasan mereka bagi tujuan tidak bertanggungjawab itu.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, pemakluman sudah dibuat kepada pemilik tanah melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkenaan kegiatan pelupusan sampah haram tersebut.

“Kita sudah beritahu, ada saman dan sebagainya. Perlu perbincangan (dengan kerajaan negeri) sebab mereka maklumkan tidak tahu ada pembuangan di tanah mereka. Tidak terima sewa dan sebagainya. Pencerobohan disiasat sama ada benar atau tidak.

“Masalah sampah haram di sana pun pernah diungkit tetapi belum ada penyelesaian sebab tanah tersebut bukan milik kerajaan. Saya bersama MPK akan teliti dan turun ke lokasi tersebut dan mengapa tempat itu menjadi tapak pembuangan sampah yang berleluasa,” katanya ketika ditemui di Istana Alam Shah, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu, Sue Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan menasihatkan penduduk di Klang untuk mengubah sikap dan menjaga kebersihan serta kesejahteraan daerah itu selepas MPK dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Diraja Klang sejak 23 November lalu.

Menurutnya, pertukaran tersebut sudah dilakukan pada tarikh tersebut namun permasyhurannya akan dilakukan oleh Sultan Sharafuddin seawal Januari tahun hadapan.

“Klang mesti dibersihkan, saya amik maklum nasihat Sultan Selangor, memang harapan rakyat dan baginda terhadap Klang, semua infrastruktur dan kebersihan perlu dinaiktaraf dan setimpal dengan imej bandar raya.

“Kebersihannya akan saya teliti dan bincang dengan  pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam cari ruang dan kaedah terbaik supaya Klang lebih bersih dan menepati taraf Majlis Bandaraya Diraja.

“Saya rayu penduduk di Klang ubah sikap sebab sudah naik taraf, PBT kerja kuat baiki infrastruktur dan kebersihan, namun sikap tak mahu berubah dan kerjasama akan membantutkan usaha itu,” tegasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tapak pelupusan sampah haram yang berkeluasan kira-kira 1.2 hektar dekat Batu 14 itu disifatkan sebagai yang terbesar di Asia Tenggara oleh seorang pemerhati alam sekitar dari Jerman.

Pemerhati tersebut, Asmir Samardzic yang juga merupakan penyelidik kitar semula dan produk guna semula berkata, masalah pelupusan sampah haram bukan sahaja berlaku di sini tetapi turut dialami negara lain khususnya rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya