Sambal Nyet ditiru, Khairul Aming ambil tindakan

Sambal Nyet ditiru, Khairul Aming ambil tindakan

PERBANDINGAN sambal Nyet asli dan tiruan perkongsian Khairul Aming di aplikasi X.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming mengambil tindakan ke atas pengusaha yang meniru Sambal Nyet keluarannya.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi X, Khairul Amin Kamarulzaman atau terkenal dengan nama Khairul Aming berkata, penjual tersebut sudah dikenal pasti dan surat tuntutan pelanggaran hak harta intelek telah diserahkan.

Katanya, sekiranya penjual tersebut gagal memenuhi lapan tuntutan yang diminta, pihaknya meneruskan dengan tindakan ke peringkat seterusnya.

“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni,” katanya di aplikasi X.

Dalam pada itu, warganet yang turut berang dengan tindakan penjual tidak bertanggungjawab untuk meniru sambal Nyet keluarannya itu turut meninggalkan komen.

“Ya, mantap team ambil tindakan dengan pantas! Padan muka dia, penat-penat orang bina branding bertahun, dia tiru begitu saja,” komen @daisyshares.

“Masalahnya sebiji betul. Tiada usaha langsung nak tukar warna ke font placement ke, pemalas betul,” kata @DonuTaeto.

“Tiru perniagaan kecil pun boleh kena saman, ini kan pula kau tiru yang dah jelas perniagaan besar terkenal satu Malaysia,” tulis @syzwntslim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya