Sabah benam Perak di Ipoh - Utusan Malaysia

Sabah benam Perak di Ipoh

PEMAIN Perak FC, Muhammad Aiman Khairul Yusni (kiri) cuba menghalang pemain Sabah FC, Saddil Ramdani dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jaringan Park Taesu pada minit ke-85 mencukupi buat Sabah FC untuk mengatasi Perak FC 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Pemain Korea itu menolak bola melepasi penjaga gawang tuan rumah, T. Shaheeswaran untuk melerai kebuntuan jaringan.

Sehingga gol itu, perlawanan tampak seakan-akan berakhir dengan keputusan seri berikutan kesukaran kedua-kedua pasukan melakukan penyudah.

Namun, Sabah ternyata lebih bernasib baik apabila Taesu berjaya menewaskan penjaga gol pasukan tuan rumah untuk pasukan pelawat membawa pulang tiga mata.

Pada perlawanan tersebut, penyudah lemah adalah faktor kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan.

Dengan kemenangan ini, Sabah kekal pada kedudukan keempat liga dengan 51 mata manakala Perak kekal pada kedudukan ke-11 .

Perak akan bertandang ke Kuala Terengganu untuk perlawanan terakhirnya dalam saingan Liga Super musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya