Ryan Bakery tolak kerjasama barang boikot di TikTok

Ryan Bakery tolak kerjasama produk boikot di TikTok

RYAN Bakery menolak sebarang bentuk kerjasama kempen dengan barangan diboikot.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan personaliti media sosial, Ryan Bakery, menolak kerjasama dengan jenama barangan boikot bagi menghormati nasib saudara di Palestin.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, lega apabila keputusan itu diterima baik oleh pihak pengurusan mahupun pelanggan.

“Dahulu saya tak tahu mengenai isu barangan boikot jadi saya terima pelawaan kerjasama menjalankan kempen di media sosial.

“Namun apabila sudah faham, saya sendiri tidak sedap hati untuk teruskan. Akhirnya saya berbincang dengan pelanggan untuk tidak meneruskan kempen dan memulangkan kembali wang yang diberikan,” katanya.

Maklum dengan keadaan isteri yang bakal bersalin memerlukan kos yang banyak, Ryan membulatkan tekad dan percaya kepada rezeki Allah.

“Saya percaya kepada rezeki Allah. Saya minta maaf kepada semua yang terlibat kerana tidak dapat meneruskan kempen. Bagi saya, sokongan kepada rakyat Palestin lebih penting.

“Saya faham mungkin ada pihak yang bergantung kepada kempen untuk mencari rezeki. Tapi nasihat saya, kita elakkan,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa selebriti dan pempengaruh media sosial dikecam hebat kerana mempromosikan barangan boikot yang didakwa menyumbang kepada peperangan di Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya