Rombakan Kabinet untuk selamatkan Anwar - Sanusi

Rombakan Kabinet untuk selamatkan Anwar – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merombak Kabinet bukanlah bersandarkan kepada kompetensi atau kecekapan seseorang individu untuk dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri.

Sebaliknya kata beliau, rombakan tersebut dibuat berdasarkan kepada keupayaan individu berkenaan untuk menyelamatkan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, rombakan besar-besaran itu juga terpaksa dibuat berikutan terlalu banyak kegagalan menteri-menteri untuk berfungsi sebelum ini.

“Sangat banyak kegagalan menteri-menteri untuk berfungsi malah yang kekal itu pun, ada yang tidak berfungsi. Yang baru masuk ini pun, belum tentu lagi boleh berfungsi.

“Beliau (Perdana Menteri) terpaksa melayani tuntutan parti-parti yang membentuk kerajaan Perpaduan. Apabila kerajaan tidak kukuh, kedudukan beliau bergantung kepada sokongan parti-parti yang membentuk kerajaan Perpaduan.

“Maka tuntutan-tuntutan itulah yang menjadi penentu utama siapa yang akan membarisi Kabinet serta jumlahnya. Jadi sebenarnya, Kabinet ini dibentuk bukan bersandarkan kompetensi atau kecekapan seseorang individu sebaliknya keupayaan mereka menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, rombakan dilakukan itu juga merupakan tambahan kepada siri-siri pelanggaran janji pilihan raya oleh pihak berkaitan sebelum ini.

“Ada banyak siri pelanggaran janji dan ini merupakan sebahagian daripadanya. Sebelum ini kata hendak kecilkan Kabinet tetapi kini dibesarkan, hendak beri pendidikan percuma tetapi tidak diberikan dan hendak turunkan harga minyak tetapi tidak diturunkan.

“Semua itu pelanggaran kepada semangat membara menabur janji semasa pilihan raya. Saya fikir bukan sekadar janji untuk satu pilihan raya sebaliknya sudah berkali-kali pilihan raya tetapi semua janji itu ‘dicapati’,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Tan Sri Lim Kit Siang mengenai kemungkinan bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhammad Sanusi mempersilakan veteran DAP menuju ke arah itu jika berani.

“Kalau Kit Siang berani menuju ke arah itu, silakan. Yang lain tak apa cuma saya katakan, silakanlah kalau berani dan hanya itu saja ulasan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya