Rombakan Kabinet: Tiada perbincangan di peringkat Jemaah

Rombakan Kabinet: Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri -Armizan

ARMIZAN Mohd Ali ketika ditemui pemberita selepas program sesi town hall Dasar Francais Negara di KPDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu berkaitan rombakan Kabinet tidak berbangkit dan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang terbaru, minggu lalu.

Perkara itu disahkan oleh pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali ketika ditemui pada sesi Town Hall Dasar Francais Negara (DFN 2030) di sini hari ini.

“Tiada perbincangan di peringkat Jemaah Menteri dan saya fikir tiada keperluan pun berbincang dengan Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempunyai ruang yang saya fikir memadai (untuk) melihat setelah setahun prestasi setiap kementerian, komitmen setiap menteri.

“Beliau yang mencadangkan menteri-menteri sebelum ini kepada Kebawah DYMM Yang di-Pertuan Agong , itu adalah hak prerogatif beliau (Anwar) untuk menentukan barisan ahli Jemaah Menteri yang akan membantu beliau untuk meneruskan agenda gagasan Malaysia Madani,” katanya.

Media pada 1 Disember melaporkan, Perdana Menteri membayangkan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Soalan berkaitan rombakan Kabinet itu diajukan oleh seorang kanak-kanak kepada Anwar selepas beliau menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18.

Dalam pada itu, Armizan ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk menggalas tugas sebagai menteri KPDN sekiranya diberikan tanggungjawab, beliau bagaimana pun enggan mengulas.

“No komen,” ujarnya ringkas.

Pada 30 Julai lalu, Anwar berkata, ketika ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan diarahkan untuk memangku tugas menteri KPDN buat sementara waktu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya