Restoran diberi tempoh dua hari perjelas sotong manis harga

Restoran diberi tempoh dua hari perjelas sotong manis harga kayangan

TANDA harga sotong manis di sebuah restoran di Kota Kinabalu yang dijual antara RM20-RM100
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Notis untuk memberi penjelasan dalam tempoh dua hari dikeluarkan terhadap sebuah restoran yang menjual lauk sotong manis dengan harga RM50 seekor.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, pihaknya telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi makanan sotong manis.

PEGAWAI Penguat Kuasa KPDN melakukan pemeriksaan harga makanan di sebuah restoran dalam kompleks membeli belah di Kota Kinabalu semalam.

“Notis ini dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan tersebut dan pengusaha premis diminta untuk memberi maklum balas dalam tempoh dua hari,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, premis itu akan disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut terhadap restoran yang tular kerana menjual lauk sotong manis berharga RM50.

Bertindak atas aduan, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara fizikal di premis makanan yang terletak di dalam sebuah kompleks membeli belah di sini, seperti yang diadu.

Menurut beliau, berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.

Walau bagaimanapun, KPDN menasihatkan pemilik premis supaya memaklumkan harga dengan lebih jelas dari segi saiz sotong manis tersebut.

“Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan.

Jelas beliau, siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada pengusaha premis.

Zulfamy juga menasihatkan orang ramai untuk bertanya terlebih dahulu kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya