Remaja terjun jambatan kecewa dua kali gagal ujian memandu selamat - Utusan Malaysia

Remaja terjun jambatan kecewa dua kali gagal ujian memandu selamat

REMAJA perempuan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai kecewa susulan dua kali gagal dalam ujian memandu Khamis lalu ditemui selamat hari ini. - Pic: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Seorang remaja perempuan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai kecewa susulan dua kali gagal dalam ujian memandu Khamis lalu ditemui selamat berhampiran kawasan pelabuhan, Penang Port Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Faris Izwan Ahmad Fadzilah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Perai menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan itu pukul 10.25 pagi.

“Mangsa yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan lemah di kawasan Penang Port pada pukul 9 pagi, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Operasi tamat sepenuhnya pukul 10.51 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Butterworth selepas menerima panggilan pada jam 11.23 pagi, Khamis lalu.

Mangsa meninggalkan motosikal milik ibu saudaranya di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang di sini, dari Perai menghala ke pulau.

Mengulas lanjut, Faris Izwan berkata, sejurus terjun dari jambatan, mangsa berenang ke arah bangunan berbumbung biru sebelum tersangkut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan terbabit.

“Sepanjang dua hari tersangkut, mangsa dikatakan melambai ke arah orang awam untuk meminta pertolongan.

“Walau bagaimanapun, lambaian mangsa disedari seorang pegawai operasi bomba pelabuhan, yang sedang berjoging kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum diselamatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya