Ramai tidak percaya cinta bila hubungan Kathryn, Daniel berakhir - Utusan Malaysia

Ramai tidak percaya cinta bila hubungan Kathryn, Daniel berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERCINTAAN selebriti antarabangsa asal Filipina, Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla bukan untuk wayang semata-mata. 

Lagi pula, hubungan percintaan 11 tahun terlalu lama untuk mereka saling berpura-pura. 

Namun begitu, heboh di media sosial sebaik sahaja Kathryn memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan kepada orang ramai mengenai khabar angin perpisahan mereka adalah benar. 

Hantaran tersebut membuatkan ramai kecewa terutama peminat yang menggelar diri mereka KathNiel, berharap kedua-dua pelakon itu akan bersama sampai ke hari tua. 

“Saya mahu anda semua mendengarkan ini langsung dari mulut saya sendiri. Hubungan saya dan Deej (panggilan untuk Daniel Padilla) adalah benar. Memang kami berdua memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. 

“Namun, hubungan kami selama ini adalah benar. Ia bukan semata-mata kerana wayang. Kami saling mencintai di hadapan mahu pun di belakang kamera. Kami tidak melakukannya hanya kerana nama, peminat, atau duit. Kami benar-benar jatuh cinta. 

“Seperti perhubungan yang lain, kami juga berusaha untuk menyelamatkan percintaan kami namun gagal. Tidak adil jika kami saling berpura-pura seperti tiada apa yang terjadi antara kami,” tulisnya Kathryn menerusi Instagram seramai hampir 20 juta pengikut itu. 

Kathryn turut mendedahkan bahawa Daniel adalah cinta pertamanya dan menjadi tulang belakang yang kuat untuknya di dalam industri. 

Tidak hanya Kathryn, Daniel turut memuat naik gambar mereka bersama dan mengucapkan terima kasih untuk 11 tahun percintaan yang indah bersama Kathryn. 

“Terima kasih sentiasa ada bersama saya saat jatuh dan gembira. Hidup kita mungkin sudah berubah dan terpisah tapi kasih sayang kita akan selalu ada,” tulisnya. 

Pertemuan KathNiel bermula menerusi sebuah siri drama remaja bertajuk Growing Up pada 2011. 

Kemudian masing-masing dipertemukan sekali lagi menerusi drama bertajuk Princess And I membuatkan masyarakat Filipina merasakan keserasian mereka sangat mengesankan dan menginginkan mereka benar-benar bercinta di dunia nyata. 

Pada 2018, mereka mengumumkan secara terbuka hubungan mereka dan mengesahkan sudah menjalin cinta sejak berakhirnya drama Princess And I. 

Selepas itu, bertubi-tubi projek yang menggandingkan mereka diterima baik penonton dan berjaya seperti he’s Dating The Gangster (2014), Crazy Beautiful You (2015), Barcelona: A Love Untold (2016) dan The Hows Of Us (2018). 

Kali terakhir mereka dilihat bersama adalah dalam rancangan 2 Good 2 Be True tahun lalu. 

Selepas berita perpisahan itu, peminat mula meluahkan rasa kesal sehingga ada yang mengakui sukar mempercayai cinta sejati. Di TikTok, ramai yang mula memainkan video lakonan dan temu ramah mesra mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya