PETALING JAYA: Malaysia merekodkan 26 juta ketibaan pelancong antara 1 Januari hingga 15 November tahun ini, didorong sebahagian besarnya oleh pelawat dari negara jiran Singapura.
Menurut laporan statistik Jabatan Imigresen, jumlah ketibaan itu melebihi sasaran asal Malaysia iaitu 16.1 juta pelawat tahun ini,
Namun beberapa sasaran yang ditetapkan gagal dicapai seperti ketibaan pelancong China hanya 1.4 juta berbanding sasaran asal sebanyak 5 juta.
Singapura sahaja menyumbang 12.6 juta ketibaan pelancong ke negara ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini berkata, beliau berharap ketibaan meningkat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemasukan 30 hari tanpa visa untuk pelancong China dan India mulai 1 Disember. – UTUSAN