Putus cinta, bekas kekasih Mariah Carey minta beri ruang - Utusan Malaysia

Putus cinta, bekas kekasih Mariah Carey minta beri ruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi terkenal antarabangsa, Mariah Carey dan kekasihnya Bryan Tanaka memilih untuk membawa haluan masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan oleh kedua-dua mereka menerusi media sosial beberapa hari lalu dan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran hari ini, bekas kekasih Mariah, Bryan, meminta semua peminat supaya memberi ruang selain menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mereka.

Malah, kata Bryan, perpisahan itu iuga dibuat secara baik meskipun dirinya menyayangi Mariah.

“Keputusan kami untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama. Segala memeri yang telah tercipta termasuk kolaborasi seni yang dibuat sebelum ini tetap akan terpahat di hati saya selamanya.

“Dedikasi Mariah terhadap keluarga dan kerjaya seninya sangat memberikan inspirasi kepada kita semua sepanjang kami berkongsi perjalanan ini.

“Oleh itu, saya ingin meluahkan rasa sayang dan penghargaan buat Mariah dan anak-anaknya yang mana masing-masing begitu penuh dengan kebaikan dan pernah membuatkan hidup say sempurna. Bagi saya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan semua ini,”katanya.

Selain itu, kata Bryan, dia percaya, kasih sayang dan sokongan kuat daripada peminat-peminat merupakan tunjang kekuatan buat dirinya dan Mariah.

“Sokongan yang anda berikan adalah sumber kekuatan buat kami. Saya bersyukur kerana ia juga membantu memberikan semangat buat diri ini.

“Saya akan tetap meneruskan apa yang saya sukai dan tentunya dalam menghasilkan kerja kerja seni kreatif termasuk menerusi koreografi tarian yang selama ini saya lakukan,”katanya.

Sebelum ini, kecoh di ruangan Internet bahawa Mariah dan Bryan didakwa tidak lagi bersama dan antara puncanya kerana lelaki berusia 40 tahun itu mahu mempunyai anak.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 54 tahun itu dikatakan enggan lagi hamil kerana cukup dengan kehadiran dua anaknya iaitu Moroccan dan Monroe yang berusia 12 tahun hasil perkahwinan sebelum ini dengan Nick Cannon.

Untuk info, Bryan sudah bekerja dengan Mariah sebagai penari latarnya sejak 2006 namun mula menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya