Pulau Pinang: 280 saman dikeluar JPJ sempena Ops Khas Ambang Krismas - Utusan Malaysia

Pulau Pinang: 280 saman dikeluar JPJ sempena Ops Khas Ambang Krismas

SEBANYAK 280 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh JPJ Pulau Pinang dalam Ops Khas Ambang Krismas, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 280 notis saman atas pelbagai kesalahan terutama membabitkan penunggang serta pemilik motosikal dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Ops Khas Ambang Krismas.

Operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijalankan di dua lokasi berbeza di Seberang Perai, dekat sini, malam semalam.

Jurucakap JPJ negeri berkata, dua lokasi itu ialah berhampiran plaza tol menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan plaza tol di Sungai Dua.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 9.30 malam itu ialah tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

SEBANYAK 280 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh JPJ Pulau Pinang dalam Ops Khas Ambang Krismas, malam semalam.

Ujar beliau, kesalahan lain yang turut dikesan termasuk mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat P, tidak memasang cermin sisi serta mengubah suai motosikal tanpa kebenaran.

“Penguatkuasaan ini dibuat bertujuan memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap kelakuan penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, penunggang atau pemilik motosikal dinasihatkan supaya mematuhi peraturan serta undang-undang yang dikuatkuasakan di jalan raya.

Pada masa sama, ujarnya, mereka turut dinasihatkan menunggang dengan lebih cermat dan berhemah sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya