Pulau Bangau jadi tumpuan pelancong

Pulau Bangau jadi tumpuan pelancong

PELANCONG diberi penerangan sebelum melawat Pulau Bangau di Teluk Intan. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Selain Menara Condong, Pulau Bangau iaitu se­bidang tanah beting di Sungai Perak yang menjadi tempat burung hij­rah bersarang di sini menjadi tumpuan pelancong semasa cuti sekolah ketika ini.

Pelancong menjadikan pulau itu sebagai destinasi pilihan kerana di situ terdapat pelbagai spesis terbang yang pulang ke sarang berkawanan selain keindahan melihat panorama ketika matahari terbenam.

Bagi pengusaha bot pelancong, River Cruise Su­ngai Perak yang membawa pelancong ke pulau tersebut, Muhammad Sahril Mustafa, kunjungan pelancongan Pulau Bangau semakin bertambah sejak mula cuti sekolah yang mahu melihat habitat burung pelbagai spesies hanya ada di situ.

Menurutnya, pelancong yang datang dari jauh termasuk Kuala Lumpur, Selangor malah ada yang datang dari Sabah juga pengunjung luar negara.

“Musim cuti kali ini, kedatangan pelancong meningkat ketara sehingga 300 orang sehari.

“Ramai pelancong yang memilih untuk ke pulau itu semasa waktu matahari terbenam kerana mahu melihat dan merakam suasana burung pulang ke sarang.

“Suasana dan pemandangan ketika burung pulang ke sarang begitu menarik apatah lagi ketika ini musim burung membiak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, ada di antara pelancong yang tidak mengetahui di sini terdapat pulau sedemikian kerana lebih terdedah dengan maklumat Menara Condong sebagai tarikan ke daerah ini.

Katanya, setelah melawat pulau tersebut, pelancong menzahirkan rasa kagum mereka terhadap keunikan di pulau itu yang jarang ditemukan di tempat lain.

“Selain ke Pulau Bangau, pelancong yang menaiki bot River Cruise kami dapat menjelajah Sungai Perak.

“Sepanjang perjalanan ke pulau tersebut, pelancong melihat kilang kayu balak, objek yang dikatakan kepala keretapi dalam sungai, kilang membuat raga daripada buluh, tokong Buddha dan aktiviti kapal menyedut pasir sungai.

“Saya percaya kedatangan pelancong ke Pulau Bangau akan terus meningkatkan apatah lagi tahun depan merupakan Tahun Melawat Perak,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya