Produk pelancongan baharu di setiap Parlimen di Melaka

Produk pelancongan baharu di setiap Parlimen di Melaka

DUA peserta wanita menyertai acara pukul bantal atas tiang di Karnival D’Bendang, Kampung Parit Penghulu Benteng, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Setiap Parlimen dan daerah di Melaka akan mempunyai produk pelancongan untuk diketengahkan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Beliau berkata, sebagai contoh, Parlimen Masjid Tanah bakal mempunyai Cruise Kuala Linggi dan Restoran Terapung Sungai Linggi yang dijangka dibuka pertengahan bulan ini.

Beliau berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di sini pula mempunyai Karnival D’Bendang yang berlangsung selama tiga hari, berpotensi menarik ramai pelancong ke situ.

“Kita tidak boleh fokus untuk semua DUN memandangkan kita ada 28 DUN, justeru kita fokus ikut daerah dan Parlimen.

“Di daerah Jasin kita ada Karnival D’Bendang bagi menjayakan agro pelancongan yang cukup hebat ini, dan kita akan mencari, mengkaji dan menilai daerah-daerah lain produk pelancongan yang baharu akan diketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Karnival D’Bendang Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai hari ini.

Tambah Ab. Rauf, Karnival D’Bendang yang pertama kali dianjurkan berakhir hari ini akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sempena TMM 2024.

“Kerajaan negeri akan memastikan kawasan terbabit berubah wajah menjadi kawasan tarikan pelancongan baharu dan akan memberi peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Perkembangan pelancongan di Melaka sempena TMM 2024 akan menjadi satu detik sejarah baharu dalam mewajahkan Melaka sebagai kota pelancongan dan kita akan mewajahkan Melaka sebagai kota tarikan pengunjung dalam dan luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya