PRK Kemaman: Warga emas bangga dapat mengundi kali ke-15  - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Warga emas bangga dapat mengundi kali ke-15 

MOHD. Said menjadi pengundi terawal yang beratur di pusat mengundi di SK Kerteh Baru, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang warga emas tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi walaupun usianya telah mencecah 88 tahun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.

Mohd. Said, dari Kampung Baru, Kerteh, berkata, dia sebelum ini tidak pernah ketinggalan keluar mengundi sejak Pilihan Raya Umum Kedua  (PRU2)  pada tahun 1959, menjadi pengundi pertama yang beratur pada pukul 7.30 pagi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kerteh di sini.

Menurutnya, pada setiap kali pilihan raya, dia  sentiasa bersemangat dan bersiap awal untuk keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat di peringkat Parlimen.

“Saya mula mengundi kali pertama dalam PRU2  (1959) dan tidak pernah ketinggalan mengundi sehingga PRU15, baru-baru ini.

“PRK Parlimen Kemaman ini merupakan kali ke-15 saya keluar mengundi,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi di SK Kerteh Baru, di sini, hari ini.

Mohd. yang mempunyai seramai 10 anak, 16  cucu serta sembilan cicit berkata, dia juga menggalakkan anak-anaknya juga keluar mengundi termasuk dalam PRK ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan saya kecewa apabila terdapat golongan yang tidak berminat mengundi,” katanya juga bekas tukang kebun di sekolah tersebut.

Pusat pengundian SK Kerteh Baru itu mempunyai seramai 2,844 pengundi yang berdaftar.

Jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi dalam PRK Parlimen Kemaman itu pula ialah 141,790 orang.

Sementara itu, sebanyak 49 pusat mengundi dibuka melibatkan 244 saluran mengundi bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya