PRK Kemaman: Suasana hari mengundi meriah - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Suasana hari mengundi meriah

PETUGAS Pas mengambil kesempatan bergambar dengan calon BN, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (dua kanan) di Unit Daerah Mengundi Rantau Petronas berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Suasana hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini meriah apabila calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyantuni petugas Pas di Unit Daerah Mengundi Rantau Petronas berhampiran Sekolah Kebangsaan (BN) Kampung Baru Kerteh, di sini, hari ini.

Raja Mohamed Affandi yang tiba kira-kira pukul 10.20 pagi, dilihat beramah mesra dengan petugas Pas, tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

Raja Mohamed Affandi juga turut melayani beberapa petugas Pas yang ingin berswafoto serta bergurau senda dengan petugas tersebut.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi turut menyantuni petugas BN di Pusat Daerah Mengundi Rantau Petronas.

Raja Mohamed Affandi berkata, beliau berpuas hati dengan proses perjalanan hari pengundian tersebut, namun berharap pengundi mengambil kesempatan untuk keluar mengundi lebih awal.

“Setakat pagi ini kita tengok pengundi yang keluar tidak terlalu ramai, jadi kita harap pengundi ambil peluang keluar awal berikutan cuaca pagi ini agak cerah,” katanya.

Pada PRK tersebut, menyaksikan Raja Mohamed Affandi dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid, dari Pas pada September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya