PRK Kemaman: SPR guna sistem pendigitalan baharu - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: SPR guna sistem pendigitalan baharu

ABDUL Ghani Sallah (dua, kiri) meninjau pusat mengundi di SMK Geliga, Kemaman. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem pendigital petugas supaya pengurusan pilihan raya yang lebih cekap dan berkesan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sistem pendigital yang baharu itu akan digunakan pada pilihan raya lain selepas ini dan PRK Parlimen Kemaman menjadi perintis penggunaan sistem tersebut.

Menurutnya, sistem terkini itu akan memudahkan petugas SPR dalam menguruskan perjalanan pilihan raya.

“Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan meneliti semua maklumat dalam sistem itu,” katanya selepas melawat Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghani memberitahu, sistem terbaharu itu belum dapat didedahkan kepada umum sehingga dapat berjalan lancar.

“Sistem baharu ini nanti kita bagi tahu (secara terperinci), sebab sistem ini kali pertama kita perkenalkan,” katanya.

Pada PRK Parlimen Kemaman, seramai 141,790 orang yang berkelayakan akan mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya