PRK Kemaman saksikan keteguhan, solidariti pemimpin BN - Utusan Malaysia

PRK Kemaman saksikan keteguhan, solidariti pemimpin BN

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri) dan Ahmad Razif Abdul Rahaman (kanan) menyantuni pengundi ketika berkempen di Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menyaksikan keteguhan dan solidariti pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berjuang bagi memastikan kemenangan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Situasai itu dapat dilihat apabila Raja Mohamed Affandi turut dibantu tiga bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Tan Sri Idris Jusoh yang turut bersama menyinsing lengan dan berpanas serta berhujan untuk menyantuni pengundi.

Selain itu turut sama menggebeleng tenaga dan bersengkang mata sepanjang tempoh kempen itu ialah beberapa bekas wakil rakyat BN melibatkan bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari seluruh Terengganu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang tempoh kempen mendapati selain turun padang menyantuni pengundi, mereka turut menggunakan medium media sosial masing-masing untuk berkempen memastikan kemenangan Raja Mohamed Affandi.

Ahmad Razif ketika ditemui berkata, menjadi tanggungjawab untuk mereka membantu sesiapa sahaja yang menyertai pilihan raya bagi memastikan parti itu menang.

“Memang ini adalah tanggungjawab kita sebagai pemimpin, masa dulu (ketika menyertai pilihan raya) orang (ahli parti) akan bantu kita dan sekarang ini masanya untuk kita bantu orang lain pula.

“Apa yang penting adalah parti. Kita nak pastikan BN menang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Said yang merupakan Pengarah Jentera PRK Parlimen itu turut dilihat bersengkang mata menyantuni pengundi Parlimen ini.

Ahmad berkata, semua jentera parti itu telah bekerja kuat sepanjang tempoh kempen dan turut dibantu jentera BN dan parti lain di bawah Kerajaan Perpaduan dari seluruh negara.

“Rakyat Kemaman perlu membuat pilihan yang bijak dan BN menawarkan calon yang boleh memberi tumpuan sepenuh masa kepada rakyat di Parlimen ini berbanding pihak lawan yang mempunyai banyak komitmen dan sudah pasti tidak akan mempunyai masa untuk rakyat Kemaman,” katanya.

Berbaki tempoh kurang 24 jam, Raja Mohamed Affandi dan jentera parti itu terus bertungkus-lumus bekerja keras menyantuni pengundi di Parlimen ini meskipun cuaca hujan lebat.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan Raja Mohamed Affandi dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya