PRK Kemaman: 1,198 pegawai, anggota polis bertugas di hari pengundian  - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: 1,198 pegawai, anggota polis bertugas di hari pengundian 

MAZLI Mazlan (dua, kanan) memperkatakan sesuatu kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Tan Sri Abdul Ghani Salleh (dua, kiri) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 1,198 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan kelancaran hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, esok. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mereka terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dengan dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu dan Bukit Aman. 

“Kita telah melakukan persiapan 100 peratus. Saya telah buat lawatan dan berpuas hati dengan semua persiapan antara pihak polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain agensi yang terlibat dalam PRK ini. 

“Semua perancangan awal yang dijangkakan banjir tetap diteruskan just in case kalau berlaku banjir. Tapi setakat ini kita dimaklumkan mungkin tidak berlaku banjir, cuma hujan renyai-renyai, bagaimanapun kita bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini. 

Dalam pada itu, Mazli berkata, proses kempen bagi parti yang bertanding berjalan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang insiden yang tak diingini. 

“Alhamdulillah, tiada sebarang insiden tak diingini sepanjang tempoh kempen ini. Kedua-dua calon berkempen dengan keadan terkawal, tidak menimbulkan banyak masalah. 

Bagaimanapun, kita menerima tujuh laporan polis berkaitan kesalahan kempen termasuk kesalahan kempen pilihan raya dan kes melibatkan 3R (kaum,agama,raja). 3R ini akan yang akan disiasat Bukit Aman. Namun tiada isu yang mengganggu perjalanan kempen,” katanya. 

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya