Potensi kayu getah dalam industri hiliran

Potensi kayu getah dalam industri hiliran

Pokok getah mempunyai pasaran besar dalam industri perabot.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Industri perabot berasaskan kayu getah berpotensi memberi sumbangan tinggi kepada ekonomi negara pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Saiful Bahri Salleh berkata, sumbangan eksport bagi industri perkayuan negara berada di kedudukan ketiga selepas sawit dan getah pada 2022 iaitu sebanyak 12.2 peratus.

Saiful Bahari Salleh

“Pada awal MTIB ditubuhkan tahun 1973, mereka hanya memperoleh sekitar RM749 juta bagi nilai eksport dan peningkatan sebanyak 33 kali ganda selepas 50 tahun ditubuhkan,” katanya pada Seminar Hala Tuju Pekebun Kecil Getah Negara 2023 baru-baru ini.

Menurutnya, potensi pasaran perabot dunia dalam sektor pertumbuhan penggunaan perabot dunia dijangka meningkat sebanyak 1.5 peratus pada tahun depan berbanding tahun ini merosot 2.9 peratus ekoran pasca pandemik.

Tambahnya, jumlah perdagangan juga dijangka meningkat pada 2024 kepada USD209 bilion berbanding tahun ini USD197 bilion.

“Kayu getah merupakan antara spesies paling popular dalam kalangan industri pembuatan perabot tempatan, kira-kira 80 peratus perabot tempatan berasaskan kayu getah,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan industri perkayuan dalam sektor ekonomi melibatkan pembinaan, perabot, perumahan, hiasan luaran, reka bentuk dalaman, pembuatan bot, ukiran, kraftangan dan juga hasil hutan.

Namun katanya, industri perkayuan berdepan cabaran kekurangan bekalan kayu mentah untuk keperluan domestik namun beberapa langkah telah diambil oleh MTIB bagi menanganinya.

Sementara itu, pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya

Norsida Man

Dr. Norsida Man berkata, pokok kayu getah masih ada nilai komersial yang akan diproses menjadi bahan yang lain.

“Kita kena ingat kayu getah merupakan bahan mentah yang boleh dijadikan nilai tambah kepada satu industri lain,” katanya.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan kerana pengeluaran susu getah semakin menurun iaitu daripada sebuah negara yang pernah menjadi pengeluar utama dunia kepada tangga keenam.

“Walaupun nombor enam, prestasi eksport getah asli ataupun penggunaannya masih banyak.

“Sewaktu pandemik Covid-19, kita mula buat sarung getah untuk perubatan. Jadi kegunaan getah banyak walaupun pada hakikatnya pengeluaran getah asli semakin menurun,” katanya.

Katanya, menjelang 2050 trend penggunaan kereta meningkat sekali ganda yang bermakna lebih banyak tayar akan digunakan sekali gus permintaan getah meningkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya