Populariti, kekayaan tiada berguna jika abai anak sendiri - Jet Li - Utusan Malaysia

Populariti, kekayaan tiada berguna jika abai anak sendiri – Jet Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIWAN: Superstar global, Jet Li mendedahkan dia terpaksa melupakan sebentar dunia lakonan dan kehidupan selebriti selepas anaknya, Jada mengalami kemurungan lantaran kesibukkannnya.

Jelas Jet Li, 60, Jada yang kini berusia 20 tahun mula mengalami kemurungan ketika usia tujuh tahun dan keadaan mental anaknya itu bertambah teruk sehingga mahu membunuh diri.

“Saya terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai selebriti sehingga mengabaikan anak dan keluarga. Saya biarkan isteri seorang menjaga keluarga. Keadaan itu membawa kemurungan yang melampau kepada Jada.

“Tetapi selepas mendapat tahu kondisi Jada semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika, sekitar 2004. Saya tidak tahu apa yang berlaku, rasa seperti ayah yang tidak berguna.

“Ketika itu memang rasa kecewa, tetapi saya harus berterima kasih kepada Jada. Dia mengajar saya untuk kembali kepada mengenal tanggungjawab dan amanah terhadap keluarga,” ujarnya.

Bintang filem terkemuka dunia itu mendedahkan perkara tersebut ketika ditemubual pengacara, Sisy Chen menerusi program, Ask Sisy baru-baru ini.

Untuk info, pelakon Romeo Must Die tersebut mendirikan rumah tangga dengan bekas pelakon, Nina Li Chi pada 1999 dan dikurniakan dua anak perempuan, Jane, 23, dan Jada.

Jet Li juga mempunyai dua lagi anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas aktres,Huang Qiuyan.

Dalam pada itu, keadaan mental Jada itu juga menyedarkan Jet Li bahawa populariti dan harta tidak memberi sebarang erti jika dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.

“Ketika itu, saya mungkin bintang di mata peminat tetapi bukan di hati anak saa sendiri. Saya berkali-kali meminta maaf kerana mengabaikan dia. Saya terlalu mengejar dunia glamor.

“Saya tahu, saya bukan ayah yang baik. Tetapi saya mohon peluang sekali lagi untuk kembali belajar menjadi seorang ayah. Saya hanya mahu dia, Jane dan Nina beri peluang itu,” ujarnya.

Jet Li dalam temubual itu juga turut berkongsi dia dan Jada sama-sama menjelajah ke Tibet selama tiga bulan sehingga keadaan mental anaknya itu kembali stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya