Polis tubuh pasukan khas siasat kes bunuh Zayn Rayyan

Polis tubuh pasukan khas siasat kes bunuh Zayn Rayyan

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan merakam semula keterangan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6 susulan penemuan baharu hasil bedah siasat kanak-kanak itu, petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan.

“Ya kita akan rakam semula keterangan ibu dan bapa mangsa semula. Selain itu, kita turut wujudkan task force (pasukan khas) fokus untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini, media melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Tindakan itu diambil susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sebelum keputusan bedah siasat diperoleh.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut di kawasan sekitar kelibat kanak-kanak itu dilihat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya