PETALING JAYA: Tiga penjenayah dipercayai warga asing maut ditembak polis dalam kejadian di Selayang, di sini, pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, identiti tiga individu berkenaan sedang dikenal pasti.
“Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan menberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada pukul 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – UTUSAN