Polis rakam keterangan saksi, keluarga Zayn Rayyan

Polis rakam keterangan saksi, keluarga Zayn Rayyan

ZAYN Rayyan Abdul Matiin dipercayai dibunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan merakam keterangan saksi, keluarga dan jiran kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd. Hamid berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat juga dijalankan di Hospital Sungai Buloh bermula pukul 9.30 pagi ini.

“Keterangan saksi kejadian, keluarga dan jiran juga akan diambil,” katanya.

Semalam media melaporkan kanak-kanak autisme itu yang dilaporkan hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa lalu, ditemukan meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya.

Mohamad Fakhrudin berkata, kanak-kanak berkenaan ditemukan sekitar 10 malam kira-kira 100 meter dari kediamannya.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam tadi.

Ibunya yang berkongsi di Facebook mengenai kehilangan Zayn Rayyan yang dikatakan masih berpakaian seragam sekolah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya