Polis pertingkat kawalan, penduduk Apartment Idaman tidak perlu gusar

Polis pertingkat kawalan, penduduk Apartment Idaman tidak perlu gusar

SEEKOR anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi membantu siasatan di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mempertingkatkan kawalan di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai susulan kes penemuan kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut dibunuh.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, penduduk di kawasan sekitar tidak perlu gusar dengan keselamatan mereka.

Beliau berkata, satu pertemuan di antara polis bersama penduduk juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan keadaan terkini keselamatan di kawasan berkenaan.

“Pertemuan ini bagi memastikan penduduk tidak berasa gusar dengan tahap keselamatan di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan ditemui di tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

Hussein berkata, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya