PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penipuan membabitkan individu yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi memperdaya mangsa hingga kerugian kira-kira RM720,495 sejak Januari lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 23 laporan berkaitan kes penyamaran sejak Januari lalu. Katanya, mangsa menerima panggilan individu yang mendakwa pegawai NSRC diminta mengikut segala arahan sehingga mengakibatkan mereka membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan. “Pegawai itu memaklumkan NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya