Polis minta bantuan JPS sedut keluar takungan air dilokasi mayat Zayn Rayyan

Polis minta bantuan JPS sedut keluar takungan air dilokasi mayat Zayn Rayyan

SIASATAN Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Apartmen Idaman, Damansara Damai masih diteruskan pada hari keenam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis dipercayai meminta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi pihak polis menyedut keluar air di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian, siasatan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di  Apartmen Idaman, Damansara Damai masih diteruskan pada hari keenam. 

Unit Forensik PDRM dipercayai dari Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi kira-kira pukul 11.45 pagi.

Difahamkan, kehadiran mereka ke lokasi bagi meneruskan siasatan bagi mencari bukti dan petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan kes itu.

Kerja mengepam air kedengaran bermula sekitar pukul 12.20 tengah hari dan ketika ini keadaan di lokasi hujan lebat.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira pukul 10 malam pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya