Polis gesa saksi ada maklumat kes Zayn Rayyan tampil

Polis gesa saksi ada maklumat kes Zayn Rayyan tampil

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Polis menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia, malam tadi supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid, berkata, segala maklumat yang disalurkan amat penting untuk membantu siasatan polis.

“Polis menjalankan Op Kesan dan Op Pencarian bersama komuniti penduduk terdiri daripada penduduk kawasan Apartment Idaman, Apartment Indah, Apartment Saujana, Apartment Permai dan penduduk di sekitar Damansara Damai.

“Misi pencarian berjaya menjumpai orang hilang dalam keadaan tidak sedarkan diri di saliran air berdekatan takungan air 200 meter jarak dari rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi prosedur bedah siasat bagi menentukan punca kematian. 

“Kes disiasat sebagai mati mengejut sehingga selesai prosedur bedah siasat dan keputusan punca kematian mangsa dapat dikenal pasti.

“Kita berterima kasih kepada semua agensi yang terlibat iatu bomba, JPAM dan Unit K9 dan penduduk sekitar Damansara Damai yang memberikan kerjasama dan terbabit bagi misi pencarian ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehilangan mangsa dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03 – 79662222.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya