Polis beri amaran pihak sebar maklumat palsu kematian Zayn Rayyan

Polis beri amaran pihak sebar maklumat palsu kematian Zayn Rayyan

FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai diingatkan untuk tidak berkongsi dan menyebar sebarang maklumat palsu berkaitan kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6,  yang ditemukan meninggal dunia akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menegaskan, mereka yang didapati berbuat demikian boleh disiasat pihak polis dan dikenakan tindakan.

Menurut beliau, sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa bermula pukul 11 pagi kelmarin yang mengambil masa empat jam 30 minit.

“Hasil bedah siasat doktor pakar forensik Hospital Sungai Buloh mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan pada leher mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes diklasifikasikan semula daripada mati mengejut kepada siasatan kes bunuh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehilangan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

“Mereka juga boleh berhubung terus  dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan, Muhammad Yusof Ahmad di talian 013-9760019, pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan (ASP), Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571 dan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin di talian 017-5316415,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya